Posts

Siapa Malaysia di mata dunia?

Image
Dalam post sebelum-sebelum ni aku ada tulis satu ayat lebih kurang macam ni: "Tak kenal Dato' Lee Chong Wei?". Saja aku share biodata beliau untuk kita sedikit sebanyak tahu tentang tokoh negara kita sendiri. Sebabnya, masih ramai yang TAK KENAL NEGARA SENDIRI! Jadi dalam assignment Kenegaraan haritu, kumpulan kawan aku buat filem pendek untuk terangkan tentang topik ni. Untuk lebih faham, boleh klik link kat bawah untuk tonton full video 'Siapa Malaysia di mata dunia?' Link untuk full video ' Siapa Malaysia di mata dunia?' https://www.youtube.com/watch?v=W4RfK0Ys_cM

Teknologi: Barah Remaja?

Image
Macam biasa walaupun blog ni tajuk hidup budak Fizik tapi takkan ada satu pun formula Fizik akan di share :P. Hari ni nak cerita sikit pasal assignent kenegaraan yang aku buat beberapa minggu lepas. Assignment tentang video pembelajaran dan team aku pilih tajuk Teknologi: Barah Remaja. Apa yang barah tu? Haaa... Barah terjadi bila sel kanser merebak dalam badan tanpa pengawalan dan pencegahan awal yang betul. Macam tu juga la teknologi kalau kita gunakan tanpa kawalan. Di sini aku share sekali link video supaya lebih faham lagi tentang bahayanya teknologi ni. Link Video Teknologi: Barah Remaja https://www.youtube.com/watch?v=G4-8cXpVsrc

Tahu teknik pukulan badminton?

Image
Dalam post yang lepas, kita dah tahu sedikit sebanyak tentang idola badminton negara, Dato' Lee Chong Wei. Walaupun badminton ni antara sukan yang semua tahu main, tapi semestinya tak semua tahu teknik  yang betul. TEKNIK PERMAINAN BADMINTON 1. Kemahiran memegang raket Terdapat dua teknik memegang raket iaitu teknik pegang depan dan pegang kilas. Teknik pegang depan ialah menggenggam raket dengan keempat-empat jari, manakala ibu jari hanya diletakkan pada bahagian pemegang raket yang rata. 2. Kemahiran servis Kemahiran servis digunakan untuk memulakan permainan. Terdapat beberapa jenis kemahiran servis. Antaranya ialah servis tinggi, servis rendah dan servis kilas. a. Servis Tinggi Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan belakang gelanggang pihak lawan. Ø Berdiri dalam petak servis Ø Pegang raket dengan teknik pegang depan Ø Berat badan di kaki belakang Ø Sebelah tangan memegang bulu tangkis paras pinggang Ø Ayun tang

Dato' Lee Chong Wei idola sepanjang masa

Image
Selain bola tampar, geng-geng Fizik ni pun minat main badminton. Minat datang pun lepas tengok match Dato' Lee Chong Wei masa Semi Final Thomas Cup dulu. Tak kenal Lee Chong Wei? Jom tengok sedikit sebanyak biodata beliau. Datuk Wira Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; Cina Tradisional: 李宗偉; pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai Perak , Malaysia) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan. Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu p

Permainan Bola Tampar

Image
Sejak aku jadi student Fizik ni, aku banyak belajar main bola tampar dari Fizik :P . Ni cara-cara nak main bola tampar dengan betul. BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN  Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan. Skor (Pengiraan Mata) 1.Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang. 2. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohan