Dato' Lee Chong Wei idola sepanjang masa

Selain bola tampar, geng-geng Fizik ni pun minat main badminton. Minat datang pun lepas tengok match Dato' Lee Chong Wei masa Semi Final Thomas Cup dulu. Tak kenal Lee Chong Wei? Jom tengok sedikit sebanyak biodata beliau.




Datuk Wira Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; Cina Tradisional: 李宗偉; pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai Perak , Malaysia) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

TarikhAnugerahSebab
5 April 2006Olahragawan Negara 2005Cekal dan fokus kepada permainan
29 April 2006Olahragawan Pulau Pinang 2005Prestasi di Kejohanan Dunia IBF 2005 dan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2005.
18 November 2008Olahragawan Pulau Pinang 2007
12 Disember 2008Olympian Lelaki Malaysia 2008Satu-satunya pemain Malaysia yang meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Beijing 2008.
2008Pemain Terbaik 2008
23 Mac 2009Olahragawan Negara 2008
12 Jun 2009Pemenang anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)
9 Ogos 2009Olahragawan Pulau Pinang 2008
17 Oktober 2010LOL
12 Disember 2011Pemain Terbaik BWF

Comments

Popular posts from this blog

Permainan Bola Tampar

Tahu teknik pukulan badminton?